Thankz kerna sudi follow blog sy...n insyallah sy akan follow blog u all..apa2pun yg baik dari Allah SWT n yg buruk dr sy sendiri...dan sy mmg suka melepak2 n membaca entry2 kamu semua... peace anarchy
Powered by Blogger.
RSS

ada ke org nk borak

chat

Lelaki Pisau Cukur




Sering kali kita diwarwarkan disajikan bahawa wanita tu pisau cukur.....malah ak sendiri pun rasa seperti betul...tp tak sangka ak benar2 sentap melihat rakan ku terkena...sabarlah syg...Do Ur Best...ak selalu sokong ko syg....

Nk salahkan semua laki tak boleh....nak marah pun x boleh....tp bg semua rakan2 lelaki ku...jgnlah anda menjadi pisau cukur...kerana nt pisau tu akan mencukur bulu2 anda semula....kerana kambing kalau dia marah dia akan menyempak muka anda sekali bersama telur anda

ni ada sedikit cerita salah satu dari cerita pisau cukur

Bertemu dengan lelaki yang pernah terjebak dengan dunia ‘duit segera’ ini sememangnya merungkai banyak persoalan. Apatah lagi Ezrul, 28 (bukan nama sebenar), langsung tidak lokek berkongsi kisah hidupnya.

“Kemewahan perlu dirasai semua orang. Lebih-lebih lagi bagi yang bijak menggunakan peluang.

“Mempergunakan orang lain juga adalah satu medium untuk mendapatkan wang, bukan?” lelaki bertubuh sederhana ini memulakan cerita.

‘Ikan emas’

Ezrul mendakwa lantaran tersepit dengan masalah kewangan, dia terdorong untuk mencari kemewahan segera. Apatah lagi dia sekadar lahir dalam keluarga yang sederhana.

“Maklumlah, ibu saya seorang suri rumah dan ayah pula sudah bersara.

“Adik-adik saya pun masih bersekolah. Jadi kalau nak harapkan duit pencen ayah memang tak cukup untuk menampung perbelanjaan harian.

“Lebih-lebih lagi saya masih belajar pada masa itu. Keinginan untuk merasai kemewahan juga salah satu faktor saya bertukar menjadi kaki kikis,” ujarnya.

Menceritakan lagi pengalamannya, Ezrul mengakui telah mula menjadi kaki cukur sejak menuntut lagi. Sasarannya pula pastilah wanita-wanita kaya tidak kira muda ataupun yang telah berusia.

“Kalau kita nak hidup mewah, kita kenalah bela ‘ikan emas’. Betul tak?

Jadi kebanyakan mangsa saya terdiri daripada wanita yang datang daripada keluarga yang berada. Kadang-kadang wanita yang sedikit berumur dan bekerjaya kukuh pun saya layan.

“Tak kisahlah bagaimana rupa paras wanita itu, janji saya dapat apa yang saya nak,” Ezrul berterus-terang.

Facebook

Dalam dunia yang serba moden ini, bukanlah perkara yang sukar untuk kaki kikis mencari mangsa.

“Dengan mengakses laman web sosial seperti Myspace dan Facebook sahaja sudah boleh mendapat mangsa. Malah kalau ada yang ‘sangkut’, sampai ke luar negara pun mereka sanggup tanggung,” katanya.

Ezrul berpendapat kaum wanita mudah terpedaya. Mereka terlalu cepat tertipu dengan janji-janji manis lelaki.

“Zaman sekarang bukan lelaki cari perempuan. Tapi perempuan cari lelaki. Lebih-lebih lagi mereka yang dahagakan kebahagiaan.

“Orang kata dengan duit pun kita boleh beli kebahagiaan. Jadi bagi lelaki seperti saya, memang saya perlukan duit. Kerja saya mudah. Gembirakan mereka dan saya akan dimandikan dengan kemewahan.

Sejak mendekati perempuan kaya, Ezrul boleh meraih pendapatan sebanyak lima angka sebulan.

“Bayangkan pula hidup saya untuk bulan-bulan yang seterusnya. Tapi semua itu tidak datang dengan percuma. Banyak yang terpaksa saya lakukan untuk kekal hidup mewah.

“Sepanjang masa saya terpaksa berpura-pura dan melayani kerenah mereka. Tapi bagi memastikan mereka tidak meninggalkan saya, saya mengugut untuk menyebarkan ‘aksi-aksi‘ yang dirakam,” tutur Ezrul tanpa segan silu.

Sering bertukar-tukar pasangan juga menjadi satu kemestian. Kata Ezrul, kalau dia bersama dengan seorang sahaja, tidak mungkin dia boleh hidup senang.

Isteri orang

Katanya lagi, hendak hidup kena pandai termasuk menyimpan rahsia. “Orang kata pandai makan pandai simpan,” begitu prinsip lelaki ini.

Menurut Ezrul, barang paling berharga yang pernah dia dapat ialah seutas jam tangan Rolex yang berharga ribuan ringgit.

Jam tersebut adalah pemberian daripada pasangannya yang merupakan isteri kepada seseorang yang berpangkat.

“Bila keluar bersama, saya tak perlu keluar duit. Mereka pun faham kerana saya ialah seorang pelajar pada masa itu. Tak kurang juga ada yang memberi saya kad kredit untuk kegunaan saya.

“Saya gunakan seribu satu alasan untuk mendapatkan duit daripada mereka. Ada lelaki mereka akan ‘pakai’ sesuatu untuk pujuk pasangan. Tapi saya masih belum sampai ke tahap itu,” katanya berkias.

Setelah bertahun-tahun menjalani hidup dalam keadaan tidak bermoral itu, Ezrul akhirnya menemui peluang untuk berubah.

“Dulu saya sendiri pun tak pasti sampai bila akan jadi begitu. Tapi semuanya berubah apabila ibu saya ternampak saya bersama seorang wanita berusia dalam keadaan berpelukan.

“Saya jadi kaku dan hanya tuhan yang tahu perasaan saya ketika melihat air mata ibu berlinangan dan dia hampir rebah.

“Bila saya kenang balik perbuatan saya, saya jadi takut untuk terus bergelumang dengan dosa. Saya juga ada adik perempuan. Sebagai abang, mestilah saya tak nak orang buat perkara seperti itu pada adik saya.

“Jadi kini, saya dah tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Nasihat saya pada kaum perempuan, jangan terpedaya dengan lelaki sebegini. Nak cari kebahagiaan kena ikut jalan yang betul.

“Jangan terlalu obses terhadap lelaki. Sebab mereka akan ambil kesempatan di atas kebaikan kita,” katanya yang bekerja di sebuah syarikat swasta. Ada tanda kejujuran daripada matanya.

Ezrul sekarang kembali menjalani kehidupan yang normal dan sederhana. Dia tekad untuk berubah tetapi belum terfikir untuk berumah tangga.

“Buat masa ini biarlah saya sendiri. Lagipun saya dah puas menemani orang lain selama ini. Mungkin inilah masanya untuk saya bermuhasabah diri.

“Saya ingin tebus balik kesalahan saya dan bertaubat. Saya berharap tuhan boleh ampunkan dosa-dosa saya dan kuatkan hati saya untuk terus berubah demi keluarga saya,” ujarnya.

- KOSMO!

Sumber Berita


Cerita ni bukan apa...yg ak nk kongsikan sebenarnya bkn sahaja mereka yg masih belajar..malah yg dah bekerja pun ada.....dulu masa susah kita bersama....tp bila laki tu senang...semua cerca..semua balaci....semua sernah dibaginya..sedangkan wanita tu yg setia dan memberi segala kasih & sayang....ni baru dikatakan kacang lupakan kulit...malah di kutuknya wanita itu.....diputar belitkan cerita...

nasib baik tadi ak tergerak hati nk menelefon rakan ak....ak cuma bertanya sikit..cucuk sikit2...rupanya aku sendiri hampir2 ditipu....nasib baik abg ada dgn ak td....kalau tak entah apa yg terjadi.....

mesti semua terkejut apa yg terjadi....niat ak bukanlah nk mendabik dada...nk malukan org...nk tunjuk bahawa ak ni baik sgt....kubi tu bagus sgt...tp sekadar utk berkongsi.....

Ayat dia

" sy nk pinjam duit sebab kereta sy nk kena tarik.....tp sy bukan pinjam bodoh...sy berikan lappy sy & telefon sy sbg gadai janji....nt sy dah berduit sy bayar n ambil balik "

" kete x bayar dah berapa bulan ? "

" baru sebulan cmpur bulan ni dah 2 bln...surat tarik dh keluar "....

ak pun hairan mcm mana kete x bayar baru 1 bln dan nk masuk 2 bln dh nk kena tarik....selalunya 3 bln...ak bertambah hairan lantas ak tepon kawan ak...dia kata 3 bln selalunya tarik...tp kami akan call dulu....

abg pesan hati2....ak pun rasa mcm tak sedap hati

babak seterusnya

ak tepon sesorg....ak borak mcm biasa...gelak2 tanya mcm mana life...keje...n plus pakwe.....kami2 dua tahu keadaan pakwe dia mmg sympathy....and then dia ckp pakwe dia rindu kat dia ...nk datang kat tempat dia...tapi masalah motor rosak...ak tanya ...bkn ke dia ada kereta..... lantas jawapan nya

DIA MANA ADA KERETA...MOTOR JE ADA.... !!!

WHAT !! ak terkejut ... mmg terkejut....KURANG AJAR PUNYA JANTAN...PENIPU NAK MAMPUS..... yg ak geram kubi gelak ajer kat sebelah tinga ak...waaaaaaaa abgggggggggggg !!!!!!!!!! nasib baik ak tak setuju......

sorry to say...ak agreed kata abg...kalau ak dia boleh minta mcm tu tak mustahil ...selama ni dia hidup atas duit perempuan....bayangkan...kalau ada 5 perempuan...satu topup 10 hinggit ...and kalo ada 10...dia minta at least satu org RM10.00 sehari ...kalo 10 org...dah seratus...sebulan dah berapa....PERGHHHHHHHH !!! GILAKKKKK!!!

nasihat ak...

kita boleh tolong menolong sesama sendiri....mcm ak bkn tak pernah abg topup :D tp kadang2 kita give n take....smtimes kita susah dia tolong ...dia susah kita tolong...tp kalau asyik memberi apa case...bukan tu sahaja ....bukan masalah duit...ak perati dlm case ni....kalau perempuan tu ada masalah peribadi ke...nak share2 cerita...ak lihat laki tu x pernah alert.....sejak dia senang...dia biarkan wanita tu terkapai2...bila wanita tu tanya...dia ckp ...AWAK TAK BLH FAHAM KE SAYA NI BUSY KEJE.... hek eleh....poyosss....bkn pmpuan tu 24jam call ko....Perdana Menteri pun x sebz ko...

dan sekarang dah jatuh balik....tengok ko buat pompuan tu nangis...pompuan tu ikhlas dgn ko...tp ko belakang dia ko buat peel...satu titis tangisan tu...Allah dgr...skrg ko dh dpt balasan....pompuan tu gak ko carik....pompuan tu gak ko nangis nk tuntut edah.....tp yg ak tak tahan....sama masa sama ko tak serik...ko tipu lagi...ko nk tipu ak...tp nasib baik ak dpt rasa pincangnya kat sini......

ak tak tahu perjalanan ko ngn dia...next chapter...cuma ak nasihatkan pada kawan ak...fikirlah sayang...masa ni buat mcm ni kat ko...tak mustahil dia senang balik... same thing akan berlaku....kena molek mo kena keja gak..balik ko kena masak kena kemas rumah...dia duduk kangkang....nt dia jumpa pompuan lain..dia ckp ko x jaga makan minum dia....walhal benda yg berlaku lain.....

sayang ku rakan ku...ya kita tak berapa kenal...kita masih baru...tp nasihat ak sama je.... ko bkn tak ada rupa...bkn tak berkerjaya...kalau dah laki x support kita ( bkn dari duit aje tau ) baik tak payah...banyak lagi kat luar sana

walau kita pusing satu dunia utk cari pasangan kita but sometimes we r not realise that person in front of us..


ak sayang ko...ak sayang persahabatan kita..ak tak nak ko terluka lagi sayang...cukuplah...cukuplah sayang.....

ako

sasa_alyahya

29102010


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: