Thankz kerna sudi follow blog sy...n insyallah sy akan follow blog u all..apa2pun yg baik dari Allah SWT n yg buruk dr sy sendiri...dan sy mmg suka melepak2 n membaca entry2 kamu semua... peace anarchy
Powered by Blogger.
RSS

ada ke org nk borak

chat

tidurrrrrrrrrr



Tidur Petang Tingkatkan Produktiviti ?

Tahukah anda tidur sekejap di waktu siang terutama pada waktu tengah hari didapati amat berkesan untuk
meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti seseorang pekerja.

Meskipun ada yang beranggapan ia bukan sesuatu yang elok untuk diamalkan di tempat kerja, jika di perhalusi, tidur sekejap di waktu rehat tidaklah bermakna seseorang itu curi tulang atau ponteng kerja.

Kajian yang dijalankan mendapati bahawa 92.5% pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti serta keupayaan mereka menyelesaikan masalah adalah jauh lebih tinggi.
Ini disebabkan keletihan bekerja lebih memuncak pada waktu tengah hari dan ia mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah.

Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala dapat membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah.

Kesimpulannya, jika berpeluang mendapat rehat di waktu tengah hari, ambil masa sekitar 10 hingga 20 minit untuk tidur bagi merehatkan seketika badan dan fikiran.


Ia boleh dilakukan sama ada dimeja kerja, di dalam kereta mahupun di bilik rehat bagi syarikat yang menyediakan kemudahan berkenaan.
p/s: Tapi jgn tido waktu rehat sampai waktu balik dah ler.. itu curik tulang sungguh namanya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

. said...

jom tido sayam

cekodok comot said...

x nak abg bucuk :P

heart~ said...

so ape lg, jom la tdo =P

cekodok comot said...

wakakak kambing busuk... tak bran nk ajak dia tido ... wakkaka