Thankz kerna sudi follow blog sy...n insyallah sy akan follow blog u all..apa2pun yg baik dari Allah SWT n yg buruk dr sy sendiri...dan sy mmg suka melepak2 n membaca entry2 kamu semua... peace anarchy
Powered by Blogger.
RSS

ada ke org nk borak

chat

parti ?

catatan ni masa kat forum lama...enjoy


Kalau saya memilih PAS adakah ianya bermakna saya melupakan jasa-jasa kerajaan dahulu yang telah membangunkan negara? Saya tidak pernah lupa bahawa Tunku Abdul Rahman yang telah berjuang mendapatkan kemerdekaan negara. Saya tidak lupa Tun Razak yang telah berjuang menyelamatkan orang Melayu semasa tragedi 13 Mei dan seterusnya menjadi Bapa Pembangunan negara. Saya juga tidak lupa kepada Tun Hussein Onn yang telah berjuang menyatukan orang Melayu. Dan saya tidak akan lupa sama sekali kepada Tun Mahathir yang telah membawa Malaysia ke peta dunia dengan pembangunan moden dan kelantangan bersuara serta membawa ramai orang Melayu bersaing dengan bangsa-bangsa lain dalam perniagaan dan ekonomi.

Saya tidak pernah melupakan jasa-jasa mereka di atas yang berjuang dengan penuh ikhlas dan jujur demi memartabatkan bangsa Melayu di bumi Malaysia ini. Namun begitu mereka semua sudah tiada.

Mereka telah pergi meninggalkan kita semua dan tiada lagi untuk menguruskan negara kita. Yang tinggal hanyalah kenangan dan terima kasih kerana mereka telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat untuk memperjuangkan kehidupan rakyat dan membangunkan negara seluruhnya.

Adakah pengganti mereka-mereka ini telah menunaikan tanggungjawabnya pula? Adakah pengganti mereka ini berjuang mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Islam sebagai agama sebenar di muka bumi ini, bangsa Melayu dan negara ini?

Saya impikan sebuah negara di mana pemimpinnya tidur beralaskan tikar di masjid seperti Saidina Umar, pemimpin yang memulangkan gaji beliau kepada Baitullah seperti Saidina Abu Bakar, seorang pemimpin yang hidup penuh zuhud dan ala kadar semata-mata kerana menunaikan tanggungjawab dirinya kepada Allah s.w.t. sebagai seorang pemimpin sebuah negara. Saya impikan seorang pemimpin yang akan berucap dan terpampang di dada akhbar menyeru semua Muslimah menutup aurat dan ditemani muhrim sentiasa. Saya impikan pemimpin yang menyeru mat-mat rempit supaya memperbanyakkan zikir, sembahyang sunat dan memperbanyakkan membaca Al-Quran. Saya impikan pemimpin yang sentiasa mengingatkan rakyatnya supaya beramal, bersedekah dan tidak meninggalkan solat.

Saya impikan sebuah negara yang mana tiada tempat-tempat perjudian, tiada disko-disko dan tempat maksiat, tiada arak yang dijual, tiada maknyah dan golongan penkid dan tiada rumah-rumah pelacuran. Saya impikan tender-tender perniagaan di buat secara telus dan jujur tanpa campur tangan daripada mana-mana golongan politik, tiada kronisme, tiada pilih kasih. Saya impikan lesen-lesen di berikan tanpa ada wang kopi, tanpa kena ada tandatangan dan sokongan pihak-pihak tertentu. Saya impikan sebuah negara di mana kita tidak perlu merafak sembah kepada manusia, tidak perlu terlalu memuliakan manusia hanya kerana mereka kaya, berpangkat dan bergelar pemimpin.

Saya impikan pemimpin yang akan menundukkan kepalanya apabila bertemu rakyat. Saya impikan pemimpin yang sanggup makan nasi bungkus bersama-sama dengan peminta sedekah di tepi jalan. Saya impikan seorang pemimpin yang diam-diam keluar malam untuk menolong orang-orang yang kesusahan dan kebuluran bersama-sama isterinya. Itu impian saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang berpemimpinkan seorang Islam.

Memang impian saya sesuatu yang mustahil di dunia akhir zaman ini. InsyaAllah impian saya akan tercapai apabila turunnya Nabi Isa a.s. dan Imam Mahadi yang akan tiba di penghujung waktu yang akan memuliakan Islam dan membawa kemakmuran kembali. Waktunya hanya Allah s.w.t. yang mengetahui dan saya mungkin sudah berada di alam barzakh semasa itu. Namun hidup perlu diteruskan dan kita mesti berpijak di bumi yang nyata. Kita mesti berhadapan dengan realiti semasa.

Saya sedih apabila mendengar kanak-kanak diculik dan diperkosa dan pihak berkuasa tidak dapat melakukan apa-apa. Saya sedih penjenayah yang sentiasa berleluasa. Saya sedih terpaksa melibatkan diri untuk projek-projek kerajaan yang menjual negara tetapi dilihat seolah-olah menjana pertumbuhan ekonomi wilayah dan untuk negara. Saya sedih apabila di tahan di tepi jalan oleh pihak berkuasa dan terpaksa memberikan duit kopi kepada mereka.

Saya sedih melihat anak-beranak menjadi kaya dengan kontrak-kontrak kerajaan serta GLC dan menjual kepentingan negara. Saya sedih melihatkan isteri pemimpin kita sendiri tidak menutup aurat, berciuman dengan aktor-aktor Hindi dan berpegangan seolah-olah kita ini bukan Islam dan tidak mempunyai peraturan agama. Saya sedih melihatkan rakyat berpendapatan rendah terkial-kial setiap hujung bulan membayar segala keperluan hidup sedangkan pemimpin kita menaiki kereta mewah berharga jutaan ringgit dan hidup di dalam rumah bagaikan istana.

Saya sedih mendengarkan isteri pemimpin kita memakai bag tangan berharga RM650 ribu dan jam tangan berharga ratusan ribu juga sedangkan TV3 menayangkan rancangan Bersamamu yang menyebakkan. Saya sedih harga barangan terus dinaikkan dan pemimpin kita cuma berkata itu fenomena dunia dan kita terpaksa menerima. Saya sedih apabila rakyat disuruh berjimat-cermat sedangkan pemimpin kita boleh bercuti ke luar negara dan membeli jet baru dengan wang cukai rakyat jelata.

Saya sedih melihatkan ramai remaja Melayu Islam terkinja-kinja sehingga dini hari di disko-disko dan night club sambil minum arak dan bercampur sebebas-bebasnya. Saya sedih melihatkan ramai orang Melayu Islam yang berkunjung ke Magnum, Toto dan Kuda setiap hujung minggu.

Saya sedih dengan ramainya mat rempit di jalanan terdiri daripada remaja Melayu Islam. Saya sedih dengan pemimpin yang boleh memberikan ucapan tentang moral dan akidah tetapi beliau seorang kaki perempuan dan suka berfoya-foya. Saya sedih dengan pemimpin yang katanya tahu tentang keperitan hidup rakyat sedangkan dirinya tidak pernah pergi ke Pejabat Pos untuk membayar bil2 bulanan. S

aya sedih dengan apa yang berlaku di sekeliling saya. Saya hanya mahukan seorang pemimpin dan kerajaan yang sanggup berjuang seperti dahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein perjuangan ikhlas untuk menegakkan Islam dan bangsa Melayu. Pemimpin yang tidak akan tunduk dengan desakan-desakan untuk menjatuhkan martabat Islam dan Melayu.

Saya inginkan pemimpin yang dapat membentuk negara Islam yang sebenar berpaksikan Al-Quran dan Hadith, hidup penuh zuhud dan menjadikan Islam itu asas tertinggi dalam segala bentuk tindakan dan pengurusan. Saya inginkan pemimpin yang apabila beliau ingin menyuapkan nasi ke mulutnya akan segera teringatkan, adakah rakyatnya mempunyai makanan yang cukup dan seenak sepertinya.

Apabila ia baring untuk tidur, adakah rakyatnya dapat tidur seenak tilamnya. Apabila isterinya berbelanja, adakah rakyatnya sudah mendapat keperluan asas kehidupan. Apabila anak menantunya mendapat kontrak kerajaan, adakah kerana ketelusan atau hanya berbinkan dirinya.

Pemimpin yang sentiasa takut akan perkara-perkara yang boleh mendorong datangnya fitnah ke atas diri dan keluarganya. Pemimpin yang akan meletakkan kepentingan rakyatnya lebih daripada kepentingan diri dan keluarganya. Salahkah saya menukar seorang pemimpin Islam yang gagal kepada seorang pemimpin Islam yang lain? Adakah ini akan membuatkan saya lupa kepada jasa-jasa mereka-mereka yang terdahulu?

Apakah impian saya untuk mencari pemimpin seperti Saidina Abu Bakar dan Umar boleh direalisasikan dengan memilih pemimpin Islam yang ada sekarang? Tidak perlukah ditukar kepada seorang Islam yang lain jika saya merasakan elok dibuat perubahan moga-moga Allah s.w.t. kabulkan impian saya? Salam: Undi Untuk Perubahan



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kumpulan gay makin berani promosi gaya hidup secara terbuka



PENGAMAL seks songsang yang mempromosikan gaya hidup yang secara terbuka di alam siber.
Kumpulan gay makin berani promosi gaya hidup secara terbuka

ALOR SETAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memantau kegiatan kumpulan pengamal seks songsang, termasuk gay yang kini semakin berani mempromosikan gaya hidup itu secara terbuka di alam siber.
Beliau berkata, kegiatan tidak sihat itu perlu dipantau dan diambil tindakan tegas kerana perbuatan kumpulan terbabit boleh mencemarkan kesucian agama Islam dan dikhuatiri ramai yang lemah pegangan agama mudah terpengaruh.

"Kita mahu kegiatan itu dipantau rapi oleh pihak berkuasa dan tindakan sewajarnya diambil bagi membendung ia daripada berleluasa kerana ia boleh menjejaskan imej agama Islam," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Antarabangsa HR Marketing dan Jom Cegah Dadah di sini, semalam.

HR Marketing adalah syarikat jualan langsung terbesar milik Bumiputera di utara Semenanjung dan mengeluarkan pelbagai produk pengguna serta kosmetik berasaskan susu kambing.

Jamil Khir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang lelaki yang mengaku berketurunan Melayu dan beragama Islam berusia 32 membuat pendedahan berani melalui blognya bahawa dia seorang gay.

Lelaki terbabit yang memperkenalkan dirinya sebagai Azwan Ismail dan bekerja sebagai jurutera selain penyair dan penulis dalam pengakuannya melalui laman web `Youtube' mendakwa dia rela membuat pengakuan terbuka itu kerana percaya seseorang itu perlu mengenali siapa dirinya yang sebenar dan berhak memberitahunya kepada orang lain.
Dalam video klip pengakuannya sepanjang dua minit 41 saat itu lelaki terbabit juga mendakwa dia mengambil masa yang lama untuk mengenali dirinya sebelum yakin dengan apa yang diamalkan itu serta masa depan kehidupannya menyebabkan ia mendorongnya membuat pengakuan terbuka berkenaan.

Pengakuan lelaki itu turut boleh dilawati melalui pautan laman sesawang ‘ohbulan' yang turut menyebut jurutera itu terpilih sebagai seorang daripada peserta kem-pen Seksualiti Merdeka yang mendapat sokongan pergerakan It's Get Better Project.

Keberanian lelaki itu membuat pengakuan terbuka turut mengundang pelbagai kecaman daripada orang ramai yang turut mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perbuatan itu yang melanggar norma manusia dan ajaran Islam.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, kerajaan juga sedang memantau kegiatan pihak tertentu yang mempromosikan fahaman pluralisme dalam agama kerana ia boleh menjejaskan akidah seseorang.

ehsan dri http://www.celapakit.net/
berminat nk tgk post2 yg menarik register je... letak referral nama aku cekodokcomot



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS