Thankz kerna sudi follow blog sy...n insyallah sy akan follow blog u all..apa2pun yg baik dari Allah SWT n yg buruk dr sy sendiri...dan sy mmg suka melepak2 n membaca entry2 kamu semua... peace anarchy
Powered by Blogger.
RSS

tidurrrrrrrrrr



Tidur Petang Tingkatkan Produktiviti ?

Tahukah anda tidur sekejap di waktu siang terutama pada waktu tengah hari didapati amat berkesan untuk
meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti seseorang pekerja.

Meskipun ada yang beranggapan ia bukan sesuatu yang elok untuk diamalkan di tempat kerja, jika di perhalusi, tidur sekejap di waktu rehat tidaklah bermakna seseorang itu curi tulang atau ponteng kerja.

Kajian yang dijalankan mendapati bahawa 92.5% pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti serta keupayaan mereka menyelesaikan masalah adalah jauh lebih tinggi.
Ini disebabkan keletihan bekerja lebih memuncak pada waktu tengah hari dan ia mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah.

Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala dapat membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah.

Kesimpulannya, jika berpeluang mendapat rehat di waktu tengah hari, ambil masa sekitar 10 hingga 20 minit untuk tidur bagi merehatkan seketika badan dan fikiran.


Ia boleh dilakukan sama ada dimeja kerja, di dalam kereta mahupun di bilik rehat bagi syarikat yang menyediakan kemudahan berkenaan.
p/s: Tapi jgn tido waktu rehat sampai waktu balik dah ler.. itu curik tulang sungguh namanya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hanya Satu Kisah



hanya sebuah kisah....


Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,

"Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.

Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. -Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,

"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik.

Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... ."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

" Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,

"Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,

"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,

"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya.

"Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat... dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sihir & Buatan Orang


Suddenly i rc an email frm my friends abt sihir...hmmmm ak kongsi bersama2 u all ye :D

utk pengetahuan bersama.... ;-)kelas Ustz. Fatma El-Zahra ..
She continued to talk about sihir

-Bagaimana kita tahu orang yang kita 'minta tolong' tu adalah tukangsihir?

1. Bomoh ni akan minta things like gambar, songkok, kain pelekat/kainbatik, asam limau, telur, and also your birthdate.
2. Bomoh ni akan minta binatang 'pelik' like ayam hitam ke, kambingputih ke etc
3. They read Quran in a funny way, very fast and unclear. Sebenarnyamereka mencampuradukkan/menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkannama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.
4. They are dirty, kuku kotor, pakaian bau busuk. Do not reflect asorang yang mengamalkan Islam. Akibat orang cari tukang sihir - telahkufur kepada Rasulullah. Sbb cara ini menunjukkan you believe there arepeople who knows ghaib and that is HARAM! Even Rasulullah has said thatcuma Allah saja yang tahu tentang ilmu ghaib, not even him yang ada ilmutu.
Bagaimana kita tahu kena sihir?
1. Cannot sleep at night
2. Suka ketawa sendiri
3. Tak suka mandi
4. Suka makan banyak. Actually makan for two - sendiri + jin!!
5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama.
6. Able to speak in different language secara tiba-tiba!
Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?
1. Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib - read loudly,not in heart!"Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakunWalaa haulawala quwataillabillahi 'aliiyil 'azhiim"Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidakrestui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah.- Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati- Agar jin/syaitan lari dari rumah kita. Imagine rumah yang tiadasyaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesamaahli keluarga betul tak?- Sometimes when you have a bad fall, or when your kids suddenly fall,don't just laugh it off. Cepat -cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dangosokbadan. Jin tak akan masuk dalam badan.
2. Turut perintah Allah.- Antaranya: Mandi hadas besar as soon as haid kering. Do not waitafter 1 day baru nak mandi hadas. Sometimes kita suka melengahkan mandihadas ni. Same goes to junub. Kita dikelilingi syaitan! Don't preparebreakfast dalam keadaan junub! Bahaya!
3. Lebihkan zikir.- Ayatul Kursi - mengiringi tiap waktu solat fardhu- Surah Al Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masukrumah. Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang bermula dari"Aamanarasul.."- Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluartandas, menghadap cermin, doa makan ect.Note!"Arasy" atau tempat syaitan rehat is the lubang najis.Jangan duduk lama di situ. Dah habis 'bisnes' keluar la.. ubah tabiatsuka baca suratkhabar or majalah dalam jamban! Also, do not sing intandas!Jin can also attack thru mirror. Oleh itu protect yourself by recitingthe doamenghadap cermin.
4. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan byk ditaman-taman, halaman rumah, padang. So, always know where your kids arebila masuk waktu maghrib. Kita suka buang sampah! waktu maghrib. Time tochange!
5. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, especially tamar dari Mekah orMadinah.Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah.- Makan 7 biji tamar Ajwaatau tamar dari Madinah tiap pagi.
6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dansapu seluruh tubuh..Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.
7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayatkhas untuk mencari tempat sihir - surah Al-Kauthar.
8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan might befrom your own doings.
Mencegah dan Berubat Orang kena Sihir.
Letakkan tangan di tempat yang sakit di tubuh dan baca:Bismillaahi (3x)A 'uudzu bi 'iizzatillaahi waqudrotihi min syarrimaa ajidu wa uhaadziruErtinya: Dengan menyebut nama Allah. Saya berlindung dengan kekuasaanAllah dan ketentuanNya dari kejahatan sakit yang saya rasakan dan sayakhuatirkan.Bacalah ayat di atas 7 kali.
Kemudian baca doa:Allahumma robbannaasi adzhibil baksa. Isyfi antasysyaafiilaasyaifaa-aillaa syifaa uka. Syifaa-an laa yughaadiru saqomaa.Ertinya:Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkankanlah penyakit ini. Sembuhkanlah,Engkau jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit yang tiada kesembuhanmelainkankesembuhanMu. Dengan kesembuhan yang tiada ditambah penyakit lagi.
Treating Orang yang Kena Sihir
1. Ambil 7 helai daun bidara (daun ini diguna buat mandi mayat- jintakut daun bidara!), dan ditumbuk atau digiling is most prefered. It isa symbolicaction to hancurkan perbuatan jin. Sambil giling daun-daun bidara ini,baca:- Ayatul Kursi- Al-Kafirun ( Qulya ayyuhal kafiruun..)- Qul ~ Ahad- Qul ~ Falaq- Qul ~ Naas- Surah Yunus ayat 81- Surah A'Raf ayat 120-121- Surah Thaahaa ayat 69 mulai " Wala yuflinu..."
2. Campurkan daun yang telah digiling tadi dalam baldi yang dipenuhi airyang boleh diminum.
3. Ambil 3 sudu air tadi untuk beri pesakit minum.
4. Selebihnya dibuat mandi. Do it masa masuk waktu maghrib.
5. Ulangi selama 41 hari. Buat 41 hari berturut-turut lagi bagus.Tapi kalau nak selang sehari dua baru ulang pun boleh gak tapi jangansampai seminggu gap....tak menjadilah!
Kalau tak sembuh juga, ulangi 41 hari lagi (could be a strong sihir).
Another method is the 'dry way'.
That is, tak payah mandi, but bacaterus pada pesakit sambil sapu kepala dia.
Sekian, Wallahu a'lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Demam Fever Demam Fever


seJak 11 mei 2010, aku jadi mcm beng0ng..

mmg pun dh bengOng....malam tu akO dah start demam....bila dh nk dekat senja..badan ak menGiGil....ak iGt sebab munGKin demam terPeranJat..

dah plan nk cuti esk...bangun je pagi badan ak dh tak demam....benda ni berulang 3 hari berturut.
...sehinggga saat ini...ak dh check doc..mula mcm denggi..tp smlm dia ckp jangkitan virus...virus mana pulak yg hinggaP...arghhh tensiOn ak

akibatnya ak sendiri dh feedup ...ak x nk masuk ward...ak agak paranoid dgn dgn ward..

ak lak dh berapa hari tak masuk chat FZ ke YM ke FB ke apa2kah......aku tak larat...masa blog ni ditulis ak otw dlm kete nk pergi hosp....

ohh lupa tadi pagi2 ak dh gaduh ngan along...i/o that sbnrnya dari hari selasa...sb malam tu semua bincang nk jual kete ak yg accident tu...tp ak tak nak sb enjin bkn rosak pun...so pagi tadi masa ak tepon kak long ak ckp ak x msk ....abg long bebel...aik semalam nmpak elok ajer merayap...takkan tiba2 nk demam....sakit ati ak dgn dia....so hari nk tak nak ak gagahkan juga...akibatnya..aku sendiri nk naik pitam...serius ak tak tahu kenapa...

ada kawan ak ckp ko kena keteguran ko...sb muka ko mcm pucat....adesss ak ni benda2 ni kureng nk percaya....

kata kubi pula..ni dugaan yg kena tempuh sb bila kita tekad nk berubah...masa ni musibah akan datang utk menguji....tp abg...takkan lepas satu ... persatu....bdn syg bkn kuat pun :((

td ada org tanya kenapa ak tak nak dj....selain dr ak demam....sb ak mcm sentap...bila ak dgr cerita....ada org tak nk ak dj dgn seseorang....ak tak faham....kenapa nk kongkong ... apa case nk jeles...kalu minat ....minat ajerlah....ke jeles.....minat n jeles ada benda yg berbeza....cewah macam artis pulak =))
p
.n then ak pun x faham...knp seseorang tu nk ikut ckp depa lak....apa2pun ak pun dh tawar hati...mybe ak sentap ni skjp ajer....tengoklah apa jadi seterusnya....

apa pun yg penting skrg ni ...ak masih mgigil....bayangkan dlm kete ak tak buka aircod....tingkap ak buka sikit je....kat dlm bilik pun x buka aircond n bilik kat opis pun sama....mmg sejuk...tp bila malam pun lagi sejuk :((

dek kerana ak suruh tutup aircond,,,,, kwn ak pakat2 nak minta maaf...dia ckp tu simptom tak lama lagi tu....oit ak kalo nk mati pun tunggulah ak kawin dulu ...sabar punya geng....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa Dosaku


Hi hi..hari ni dah 10 05 2010...

dan hari ni ak rehat dr menDJ dimana2..bkn apa perut ak bual hal...berkeroncong...bkn sebab lapar..slah ak sendiri...ak tahan membuang pundi2 dlm dia...akibatnya perut ak spt masuk angin...keras n kembung...

pd mulanya ak tahan juga tapi kalah...sasa..ko nk kena katuk dgn tukul ke...perut awk tu ada asid...nk kena gastrik lagi ke...last2 ak kena bebel ngn doc ak...wakakaka...ak kena charge RM75.00 .. :D tp ak ckp ubat x perlu bg..sb ak mmg bukan jenis makan ubat.. bak kata org minang ketegaq...

ok back to the topic...APA DOSA KU...akibat dek hari in ak lgsung x nk chat atau menDJ aku luang masa menonton cerita Apa Dosa Ku...percaya atau tidak ak mmg cari pelakon di dlm picture ni...Mohd Zahiril Adzim atau lebih dikenali sbg Zahiril Adzim...ak dh tgk dia nyer drama n movies...tp ak tak tahu nama dia..kelakarkan...dan ak bukan pun jenis surfing sblm ni....thankz to KUBI sb kenalkan ak dunia internet ni...Finally i manage to know a little bit abt Zahiril Adzim....

ok cerita pasal Apa Dosaku..ak baru tgk drama dia episod pertama dia ASTRO CHITRA...n here d sipnosis abt d drama...

Apa Dosaku mengisahkan kehidupan seorang wirawati semasa penjajahan Jepun. Sybil Kathigasu, seorang jururawat dan bidan bersama keluarganya, terpaksa melarikan diri ke Papan bila Ipoh ditawan Jepun. Di situ, Sybil dan suaminya mendirikan klinik untuk merawat orang di Papan. Bila diminta untuk merawat guerila yang menentang Jepun, Sybil memberi kerjasama dan komitmen sepenuhnya kepada perjuangan mereka.

Selepas beberapa tahun, penglibatan Sybil didedahkan kepada Jepun dan dia sekeluarga ditangkap. Jepun menyeksa Sybil dan suaminya untuk mendapatkan maklumat mengenai operasi gerila, namun mereka tetap dalam pendirian mereka, dan tidak berkerjasama.

Sybil mengalami kecederaan parah tetapi diselamatkan bila Jepun menyerah kalah.

dan sebagai Penonton Saluran Astro Citra berpeluang mengenali Sybil secara lebih dekat dengan menonton Suatu Ketika... Apa Dosaku yang bermula siaran pada 5 Mei, pukul 9 malam. Ia mempunyai lapan episod dengan tayangan sebanyak sejam untuk setiap episod.

Jadi jom kita lihat...ya mmg ak mcm x minat cerita berat2...tp well now d drama n movies superb...

ops sblm lupa ni link blog zahiril adzim... ak rasa tak lama lagi nama dia akan gah... http://zahiriladzim.blogspot.com/ :D


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~~ Novel : Ruang Rindu ~~


semalam eh bkn semalam je..sejak menjak ni ak dh jadi kaki novel...kenapa yek ?

sejak menjak ni juga byk benau novel n benda yg ak surfing kat internet...ok ok benda yg ak bc baru2 ni novel dia tajuk " RUANG RINDU - ALAF 21 " tulisan rozita abd wahab....

pada mulanya ak agak susah n berapa kali teragak nk beli novel ni sb penulis dia ak tak kenal ( cewah mcm ak ni bagus nk judge penulis) ...tp percaya ak baru2 ni borong buku terpakai ..buku baru dekat 50 buah :D

ok ok tajuk buku ni seperti dlm picture ni ...sipnosis

" RASA cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati. Begitulah yang dialami oleh Camelia, seorang gadis tomboi apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak dikenalinya. Demi maruah keluarganya, dia terpaksa meneruskan pertunangan itu.

Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka.

Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil.

Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?

bagi ak kalo cerita dia happy ending ak letak kat blog ak....wakakakaka....sb ak tak minat cerita ending dia sedih...sb ak tak nk hidup ak pun sedih .... tp cerita ni camelia atau lia digambarkan wp dia nampak tomboy nama dia spt tidak mendampakan lelaki tp hakikat dia juga mmpunyai hati wanita...dan sesungguh wanita seperti dia lebih banyak tidak hipokrit....tp ye..kepentingan keluarga yg diutamakan...watak2 kat sini semua ok....dr bakal mak mertua dia ...bekas cikgu lia....tini bakal adik ipar dia...cuma kat sini satu ajer yg ak tak faham...at least adalah sikit cerita akak ipar ( kak long ) lia tu ending dia dah berbaik dgn lia...ni x nampak pun .. selitkan je...wakakakaka

mcm ak ni pandai ok next novel akan menyusul...tp korang kalu rajin cuba cari tulisan "HLOVATE" bahasa dia simple... layari ajer www.jemariseni.com dan ak rasa tulisan dia tu banyak ke arah medic...n dia ni kira novelist yg rahsia ...tk tahu sapa dia..muka dia pun x ada...ak dpt rasa dia ni keje arah2 ke medic mybe doctor kot...apa2pun nt ak cerita novel2 dia...best

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS