Thankz kerna sudi follow blog sy...n insyallah sy akan follow blog u all..apa2pun yg baik dari Allah SWT n yg buruk dr sy sendiri...dan sy mmg suka melepak2 n membaca entry2 kamu semua... peace anarchy
Powered by Blogger.
RSS

Kenal Pasti Lelaki Yg Masih Dara

waaa geram ak baca blog satu lagi tu...rasa u all pun tahu...debushhh kena kambing2 dia....ok kat sini biar ak kupaskan bgm mana kita kaum wanita nak mengenal pasti lelaki tu teruna ke tidak


bkn kerana apa...picture .. :-w dah lah baju putih..adalah mamat seorang tu ckp...aik bkn ke hari tu u ada pakai tshirt mcm warna tu ...yg ada dlm pic kubi tu :-w





Mungkin ada wanita yang berhajat untuk mempersuamikan lelaki yang masih "dara" (tak ramai dah) walaupun kebanyakan wanita lebih suka memilih yg berpengalaman, ini panduan untuk anda


1. lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita

2. lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan

3. lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja

4. lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti "kena interview" apabila bercakap dan badannya kaku

5. lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya

6. lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak "nerd". gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7. lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasanganna

8. lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan

9. lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan


kadang tidak adil juga..lelaki yg tiada dara kunun nak berkemen nk ada dara je...tp mereka tahu tak...barangsiapa yg berzina akan dapat org yg berzina juga :D ( ak pun x brani nk coment mcm2 sb perjalanan masih jauh lagi...











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ini jawapannya :|

org kata bila hati sudah sebati dengan rutin hidup...inilah penangannya :D .... jawapan ada disini.....





Oooo..aaa..
Ku selalu memikirkan tentang kita
Apa pun yang harapan yang dikejar
Kerna aku masih penuh rasa ragu
Melihat kau seperti tak bersungguh

Jika kau mencinta
Berikanlah ku rasa

(Korus)
Diriku dah berikan yang terbaik
Dan bukannya nak mengungkit
Siapa benar siapa salah
Siapa menang siapa kalah
Dah berikan yang terbaik

Memaksa hati merisik
Mungkin kau bukan teman hidup
Yang terbaik untukku

Memang benar ku amat mencintai mu
Dan harapkan di sana pun begitu
Tetapi kau tak luahkan perasaan
Apa lagi memberikan ku kasih

Jika kau mencinta
Berikanlah ku rasa.. oooo

(Ulang Chorus)

Jika kau mencinta
Berikanlah ku rasa.. oooo

(Ulang Chorus)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Ak & Sekolah :D


ak bosan seh... dah 3 hari ak lepak kat sini...

waaaaa kalau kat rumah blh ak makan nyental...ni duduk sorang2 ...tp nasib baik ada teman baik ak ni...

n tak lupa coklat fav ak MnM..... ak rasa ak dh melantak dekat berapa kilo entah...mati kalau kena kencing manis....

esk last result...minta2 ak blh keluar....hari ni dh 16th May 2010...hari guru....hmmmm rindu pulak ak dgn guru2 ak....agak2 kalu ak buat jejak kasih depa igt ke ak ni...ke depa akan ckp...lu sapa wakakkakaa...confirm ak bomb sek ak tu....

ak igt lagi peristiwa dulu :-w

(a ) exam - bawa toyol
jgn tak percaya dr pmr ke spm ke IB ke deg..ak bawa toyol wakakaka...berkat ke tak berkat ak tak peduli..penting lulus....
cara2nya nk bawa toyol masa exam....masa mula2 1st paper tu.. u all ambil kertas jawapan kosong ( kertas knjang tu ) u all bawa balik berapa helai....kertas tu nt tulis lah apa saja note atau formula utk exam paper esok....
pada keesokkannya...masa exam jgn keluarkan lagi kertas tu....u all ambil kertas yg current atas meja ....u all buat mcm2 salah tulis...koyok2kan kertas tu...pada masa sama keluarkan kertas toyol tu...u all koyok2kan juga...bersama kertas tu...
n then tarraaaaaa.... sekarang u all bebas nk buka toyol tu depan2 pengawas wakakakka...tp jgn jadi bodoh tulis formula tu mcm tulis nota ocay.... buat dua tiga helai...

( b ) PRS - Pembimbing Rakan Sebaya
Jgn tak percaya ak jadi PRS wakakakkaka.... masa diumumkan ni kawan2 ak dh nk muntah...termasuk ak sekali...perkara ni terjadi masa @ Form 4....tapi apa2pun ak terima kasih pada cikgu ak Akhiar...kerana beliaulah ak jadi ORANG ....
Tp yg bestnya....masa turn duty ak.... temujanji penuh....ada je budak2 ni masalah...yg paling banyak masalah cinta...sb tu kot ak takut akan cinta...n ak banyak madah pasal cinta wakakakkaka.....
Bila fikir2 balik ...APA KEJADAH SPM tak lepas nk bercinta smpai nk berebut2 pakwe makwe....smpai ada surat layanglah wakkakakakaka


( c ) Badan Pewakilan Pelajar
Satu lagi BPP adui pening ak....ikut hati tak nak .... Pengawas pun ak tolak.... tp ni semua sebab n again cikgu Akhiar ak...dia juga yg paksa.... ak ni bukan apa...masa dulu ak hormat cikgu ni... hormat gile sb apa ni ceritanya
" ada kawan ak nama dia Wan Abd Rahman...budak ni kira exchange dr St John......so dia telah ditahan reman kerana pakai seluar yg banyak poket...mmg seluar tu seluar sekolah warna hijau....tp too much rappers :D ...soalan dia kenapa ada banyak sangat peraturan ni...at least sy tak merokok atau melakukan jenayah tu kira ok apa ..seluar ni pn dh warna hijau. ? "
Jawapan cikgu
" ya betul ... kalau macam tu sy nk surh kamu pakai seluar terbalik boleh tak... still hijau right.....n then kamu koyak seluar kamu....mcm hippies... bla bla bla "

terdiam kawan ak tu.... trus esk dia tukar style seluar dia...barulah ak nampak dia rupa org ....

ps ; budak ni ak minat tau ...tp sb ak ego wakakka boo layan....


( d ) jawatan Ketua Kelas Dilucut
Biul !! mmg ak anti dgn satu cikgu ni..... korang igt tak masa form 4...kita semua blh pilih subject mana kita nakkan.....kira nak ambil semua 10 ke 15 ke berapalah blhkan.... so masa 3 bln awal form 4 kami blh ambil mana2 .....entah mcm mana nama ak termasuk dlm subject GEO..sedangkan mmg ak tak minat....
dibuat cerita masa tu kat padang ada rugby games :-" apa lagi...turun ramai2 wakakkakak sokong babe.... tiba2 ak dgr pengumuman....KEPADA BUDAK KELAS 4 ALAUDIN dot dot dot.....nama yg disebut sila jumpa dgn HEM skrg juga >.... ak dh gabra apahal lak kena jumpa...trus ak ngan kawan ak jumpa....
dlm bilik tu wp ada aircond ak rasa panas giler....cikgu Geo ak ada masa tu...ak dh agak mesti dia marah tu....
HM ak tanya kenapa awak ponteng kelas.... bla bla bla bla....ak diam ajer....kwn ak minta maaf... cikgu geo ak tu ....dia sengih ajer.....lepas sessi minta maaf tu....sblm keluar bilik ak tanya HEM ak.... cikgu... sy nk tanya ....sy tahu salah kita kurang ajar pada cikgu kita...tak elok...tp sy cuma nak pertahankan satu perkara..sy harap sy diberi peluang :D ....
cikgu HEM tu diam...dia suruh ak teruskan...
" begini cikgu... bkn kami tak nak masuk class geo ni... i/o that sy mmg tak akan ambil paper ni...bkn kerana subject dia...tp kerana cara pndekatan cikgu tu sendiri yg tak betul .... kalau kami di suruh masuk kelas...lepas tu baca apa yg ada dlm buku teks...n cikgu kami hanya duduk sahaja...baik kami baca kat rumah.... dlm kata lain...cara cikgu mengajar kami mcm tak ikhlas... n pendekatan yg cikgu bagi tu tak betul "
cikgu geo ak muka dia naik merah...sblm dia nk bersuara...ak terus patahkan kata2 dia dgn bagitahu...
Saya minta maaf kerana melampau...tp tu yg sy rasa...dan saya harap cikgu fikirkan cadangan sy...apa kata buat satu paper bagi semua student...ask us ...apa yg kami rasa...menarik ke tak menarik cara pembelajaran cikgu...dan blh bg coment .... bla bla bla....dari situ kita blh sama2 memberi pendapat secara bebas...n adil...

habis je ...aku terus minta maaf pergi ke arah dua2 cikgu ak tu ak salam n cium tangan ...ak terus keluar bilik....

DAN SAAT TU AKU TAHU AK NK JADI APA BILA BESAR NANTI...

:(( yG sedihnya....pada saat tulah...ak kena control peel ak ....sb mulut ak ni membuat segala tindak tanduk ak di perhatikan WAAAAAAAAAAA BUDUSSSSSSS wakkakakaka padan muka.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tidurrrrrrrrrr



Tidur Petang Tingkatkan Produktiviti ?

Tahukah anda tidur sekejap di waktu siang terutama pada waktu tengah hari didapati amat berkesan untuk
meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti seseorang pekerja.

Meskipun ada yang beranggapan ia bukan sesuatu yang elok untuk diamalkan di tempat kerja, jika di perhalusi, tidur sekejap di waktu rehat tidaklah bermakna seseorang itu curi tulang atau ponteng kerja.

Kajian yang dijalankan mendapati bahawa 92.5% pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti serta keupayaan mereka menyelesaikan masalah adalah jauh lebih tinggi.
Ini disebabkan keletihan bekerja lebih memuncak pada waktu tengah hari dan ia mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah.

Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala dapat membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah.

Kesimpulannya, jika berpeluang mendapat rehat di waktu tengah hari, ambil masa sekitar 10 hingga 20 minit untuk tidur bagi merehatkan seketika badan dan fikiran.


Ia boleh dilakukan sama ada dimeja kerja, di dalam kereta mahupun di bilik rehat bagi syarikat yang menyediakan kemudahan berkenaan.
p/s: Tapi jgn tido waktu rehat sampai waktu balik dah ler.. itu curik tulang sungguh namanya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hanya Satu Kisah



hanya sebuah kisah....


Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,

"Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.

Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. -Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,

"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik.

Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... ."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

" Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,

"Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,

"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,

"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya.

"Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat... dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sihir & Buatan Orang


Suddenly i rc an email frm my friends abt sihir...hmmmm ak kongsi bersama2 u all ye :D

utk pengetahuan bersama.... ;-)kelas Ustz. Fatma El-Zahra ..
She continued to talk about sihir

-Bagaimana kita tahu orang yang kita 'minta tolong' tu adalah tukangsihir?

1. Bomoh ni akan minta things like gambar, songkok, kain pelekat/kainbatik, asam limau, telur, and also your birthdate.
2. Bomoh ni akan minta binatang 'pelik' like ayam hitam ke, kambingputih ke etc
3. They read Quran in a funny way, very fast and unclear. Sebenarnyamereka mencampuradukkan/menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkannama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.
4. They are dirty, kuku kotor, pakaian bau busuk. Do not reflect asorang yang mengamalkan Islam. Akibat orang cari tukang sihir - telahkufur kepada Rasulullah. Sbb cara ini menunjukkan you believe there arepeople who knows ghaib and that is HARAM! Even Rasulullah has said thatcuma Allah saja yang tahu tentang ilmu ghaib, not even him yang ada ilmutu.
Bagaimana kita tahu kena sihir?
1. Cannot sleep at night
2. Suka ketawa sendiri
3. Tak suka mandi
4. Suka makan banyak. Actually makan for two - sendiri + jin!!
5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama.
6. Able to speak in different language secara tiba-tiba!
Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?
1. Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib - read loudly,not in heart!"Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakunWalaa haulawala quwataillabillahi 'aliiyil 'azhiim"Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidakrestui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah.- Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati- Agar jin/syaitan lari dari rumah kita. Imagine rumah yang tiadasyaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesamaahli keluarga betul tak?- Sometimes when you have a bad fall, or when your kids suddenly fall,don't just laugh it off. Cepat -cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dangosokbadan. Jin tak akan masuk dalam badan.
2. Turut perintah Allah.- Antaranya: Mandi hadas besar as soon as haid kering. Do not waitafter 1 day baru nak mandi hadas. Sometimes kita suka melengahkan mandihadas ni. Same goes to junub. Kita dikelilingi syaitan! Don't preparebreakfast dalam keadaan junub! Bahaya!
3. Lebihkan zikir.- Ayatul Kursi - mengiringi tiap waktu solat fardhu- Surah Al Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masukrumah. Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang bermula dari"Aamanarasul.."- Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluartandas, menghadap cermin, doa makan ect.Note!"Arasy" atau tempat syaitan rehat is the lubang najis.Jangan duduk lama di situ. Dah habis 'bisnes' keluar la.. ubah tabiatsuka baca suratkhabar or majalah dalam jamban! Also, do not sing intandas!Jin can also attack thru mirror. Oleh itu protect yourself by recitingthe doamenghadap cermin.
4. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan byk ditaman-taman, halaman rumah, padang. So, always know where your kids arebila masuk waktu maghrib. Kita suka buang sampah! waktu maghrib. Time tochange!
5. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, especially tamar dari Mekah orMadinah.Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah.- Makan 7 biji tamar Ajwaatau tamar dari Madinah tiap pagi.
6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dansapu seluruh tubuh..Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.
7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayatkhas untuk mencari tempat sihir - surah Al-Kauthar.
8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan might befrom your own doings.
Mencegah dan Berubat Orang kena Sihir.
Letakkan tangan di tempat yang sakit di tubuh dan baca:Bismillaahi (3x)A 'uudzu bi 'iizzatillaahi waqudrotihi min syarrimaa ajidu wa uhaadziruErtinya: Dengan menyebut nama Allah. Saya berlindung dengan kekuasaanAllah dan ketentuanNya dari kejahatan sakit yang saya rasakan dan sayakhuatirkan.Bacalah ayat di atas 7 kali.
Kemudian baca doa:Allahumma robbannaasi adzhibil baksa. Isyfi antasysyaafiilaasyaifaa-aillaa syifaa uka. Syifaa-an laa yughaadiru saqomaa.Ertinya:Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkankanlah penyakit ini. Sembuhkanlah,Engkau jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit yang tiada kesembuhanmelainkankesembuhanMu. Dengan kesembuhan yang tiada ditambah penyakit lagi.
Treating Orang yang Kena Sihir
1. Ambil 7 helai daun bidara (daun ini diguna buat mandi mayat- jintakut daun bidara!), dan ditumbuk atau digiling is most prefered. It isa symbolicaction to hancurkan perbuatan jin. Sambil giling daun-daun bidara ini,baca:- Ayatul Kursi- Al-Kafirun ( Qulya ayyuhal kafiruun..)- Qul ~ Ahad- Qul ~ Falaq- Qul ~ Naas- Surah Yunus ayat 81- Surah A'Raf ayat 120-121- Surah Thaahaa ayat 69 mulai " Wala yuflinu..."
2. Campurkan daun yang telah digiling tadi dalam baldi yang dipenuhi airyang boleh diminum.
3. Ambil 3 sudu air tadi untuk beri pesakit minum.
4. Selebihnya dibuat mandi. Do it masa masuk waktu maghrib.
5. Ulangi selama 41 hari. Buat 41 hari berturut-turut lagi bagus.Tapi kalau nak selang sehari dua baru ulang pun boleh gak tapi jangansampai seminggu gap....tak menjadilah!
Kalau tak sembuh juga, ulangi 41 hari lagi (could be a strong sihir).
Another method is the 'dry way'.
That is, tak payah mandi, but bacaterus pada pesakit sambil sapu kepala dia.
Sekian, Wallahu a'lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS