Kalau ak memilih PAS adakah ianya bermakna ak melupakan jasa-jasa kerajaan dahulu yang telah membangunkan negara? ak tidak pernah lupa bahawa Tunku Abdul Rahman yang telah berjuang mendapatkan kemerdekaan negara..... Ak tidak lupa Tun Razak yang telah berjuang menyelamatkan orang Melayu semasa tragedi 13 Mei dan seterusnya menjadi Bapa Pembangunan negara...... ak juga tidak lupa kepada Tun Hussein Onn yang telah berjuang menyatukan orang Melayu...... Dan ak tidak akan lupa sama sekali kepada Tun Mahathir yang telah membawa Malaysia ke peta dunia dengan pembangunan moden dan kelantangan bersuara serta membawa ramai orang Melayu bersaing dengan bangsa-bangsa lain dalam perniagaan dan ekonomi......
Ak tidak pernah melupakan jasa-jasa mereka di atas yang berjuang dengan penuh ikhlas dan jujur demi memartabatkan bangsa Melayu di bumi Malaysia ini..... Namun begitu mereka semua sudah tiada.....
Mereka telah pergi meninggalkan kita semua dan tiada lagi untuk menguruskan negara kita...... Yang tinggal hanyalah kenangan dan terima kasih kerana mereka telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat untuk memperjuangkan kehidupan rakyat dan membangunkan negara seluruhnya.
Adakah pengganti mereka-mereka ini telah menunaikan tanggungjawabnya pula? ..... Adakah pengganti mereka ini berjuang mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Islam sebagai agama sebenar di muka bumi ini, bangsa Melayu dan negara ini?.....
Ak impikan sebuah negara di mana pemimpinnya tidur beralaskan tikar di masjid seperti Saidina Umar, pemimpin yang memulangkan gaji beliau kepada Baitullah seperti Saidina Abu Bakar, seorang pemimpin yang hidup penuh zuhud dan ala kadar semata-mata kerana menunaikan tanggungjawab dirinya kepada Allah s.w.t. sebagai seorang pemimpin sebuah negara...... Ak impikan seorang pemimpin yang akan berucap dan terpampang di dada akhbar menyeru semua Muslimah menutup aurat dan ditemani muhrim sentiasa...... Ak impikan pemimpin yang menyeru mat-mat rempit supaya memperbanyakkan zikir, sembahyang sunat dan memperbanyakkan membaca Al-Quran...... Ak impikan pemimpin yang sentiasa mengingatkan rakyatnya supaya beramal, bersedekah dan tidak meninggalkan solat.
Ak impikan sebuah negara yg mana tiada tempat-tempat perjudian, tiada disko-disko dan tempat maksiat, tiada arak yang dijual, tiada maknyah dan golongan penkid dan tiada rumah-rumah pelacuran........ Ak impikan tender-tender perniagaan di buat secara telus dan jujur tanpa campur tangan daripada mana-mana golongan politik, tiada kronisme, tiada pilih kasih......... Ak impikan lesen-lesen di berikan tanpa ada wang kopi, tanpa kena ada tandatangan dan sokongan pihak-pihak tertentu...... Ak impikan sebuah negara di mana kita tidak perlu merafak sembah kepada manusia, tidak perlu terlalu memuliakan manusia hanya kerana mereka kaya, berpangkat dan bergelar pemimpin.
Ak impikan pemimpin yang akan menundukkan kepalanya apabila bertemu rakyat...... Ak impikan pemimpin yang sanggup makan nasi bungkus bersama-sama dengan peminta sedekah di tepi jalan...... Ak impikan seorang pemimpin yang diam-diam keluar malam untuk menolong orang-orang yang kesusahan dan kebuluran bersama-sama isterinya...... Itu impian ak sebagai seorang rakyat Malaysia yang berpemimpinkan seorang Islam......
Memang impian ak sesuatu yang mustahil di dunia akhir zaman ini. InsyaAllah impian ak akan tercapai apabila turunnya Nabi Isa a.s. dan Imam Mahadi yang akan tiba di penghujung waktu yang akan memuliakan Islam dan membawa kemakmuran kembali. Waktunya hanya Allah s.w.t. yang mengetahui dan ak mungkin sudah berada di alam barzakh semasa itu...... Namun hidup perlu diteruskan dan kita mesti berpijak di bumi yang nyata. Kita mesti berhadapan dengan realiti semasa......
Ak sedih apabila mendengar kanak-kanak diculik dan diperkosa dan pihak berkuasa tidak dapat melakukan apa-apa...... Ak sedih penjenayah yang sentiasa berleluasa...... Ak sedih terpaksa melibatkan diri untuk projek-projek kerajaan yang menjual negara tetapi dilihat seolah-olah menjana pertumbuhan ekonomi wilayah dan untuk negara........ Ak sedih apabila di tahan di tepi jalan oleh pihak berkuasa dan terpaksa memberikan duit kopi kepada mereka. .....
Ak sedih melihat anak-beranak menjadi kaya dengan kontrak-kontrak kerajaan serta GLC dan menjual kepentingan negara...... Ak sedih melihatkan isteri pemimpin kita sendiri tidak menutup aurat, berciuman dengan aktor-aktor Hindi dan berpegangan seolah-olah kita ini bukan Islam dan tidak mempunyai peraturan agama........... Ak sedih melihatkan rakyat berpendapatan rendah terkial-kial setiap hujung bulan membayar segala keperluan hidup sedangkan pemimpin kita menaiki kereta mewah berharga jutaan ringgit dan hidup di dalam rumah bagaikan istana......
Ak sedih mendengarkan isteri pemimpin kita memakai bag tangan berharga RM650 ribu dan jam tangan berharga ratusan ribu juga sedangkan TV3 menayangkan rancangan Bersamamu yang menyebakkan......... Ak sedih harga barangan terus dinaikkan dan pemimpin kita cuma berkata itu fenomena dunia dan kita terpaksa menerima........ Ak sedih apabila rakyat disuruh berjimat-cermat sedangkan pemimpin kita boleh bercuti ke luar negara dan membeli jet baru dengan wang cukai rakyat jelata.
Ak sedih melihatkan ramai remaja Melayu Islam terkinja-kinja sehingga dini hari di disko-disko dan night club sambil minum arak dan bercampur sebebas-bebasnya...... Ak sedih melihatkan ramai orang Melayu Islam yang berkunjung ke Magnum, Toto dan Kuda setiap hujung minggu......
Ak sedih dengan ramainya mat rempit di jalanan terdiri daripada remaja Melayu Islam........ Ak sedih dengan pemimpin yang boleh memberikan ucapan tentang moral dan akidah tetapi beliau seorang kaki perempuan dan suka berfoya-foya. Ak sedih dengan pemimpin yang katanya tahu tentang keperitan hidup rakyat sedangkan dirinya tidak pernah pergi ke Pejabat Pos untuk membayar bil2 bulanan.
Ak sedih dengan apa yang berlaku di sekeliling ak...... Ak hanya mahukan seorang pemimpin dan kerajaan yang sanggup berjuang seperti dahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein perjuangan ikhlas untuk menegakkan Islam dan bangsa Melayu...... Pemimpin yang tidak akan tunduk dengan desakan-desakan untuk menjatuhkan martabat Islam dan Melayu......
Ak inginkan pemimpin yang dapat membentuk negara Islam yang sebenar berpaksikan Al-Quran dan Hadith, hidup penuh zuhud dan menjadikan Islam itu asas tertinggi dalam segala bentuk tindakan dan pengurusan. Ak inginkan pemimpin yang apabila beliau ingin menyuapkan nasi ke mulutnya akan segera teringatkan, adakah rakyatnya mempunyai makanan yang cukup dan seenak sepertinya.
Apabila ia baring untuk tidur, adakah rakyatnya dapat tidur seenak tilamnya...... Apabila isterinya berbelanja, adakah rakyatnya sudah mendapat keperluan asas kehidupan...... Apabila anak menantunya mendapat kontrak kerajaan, adakah kerana ketelusan atau hanya berbinkan dirinya......
Pemimpin yang sentiasa takut akan perkara-perkara yang boleh mendorong datangnya fitnah ke atas diri dan keluarganya...... Pemimpin yang akan meletakkan kepentingan rakyatnya lebih daripada kepentingan diri dan keluarganya......... Salahkah Ak menukar seorang pemimpin Islam yang gagal kepada seorang pemimpin Islam yang lain? Adakah ini akan membuatkan ak lupa kepada jasa-jasa mereka-mereka yang terdahulu?
Apakah impian ak untuk mencari pemimpin seperti Saidina Abu Bakar dan Umar boleh direalisasikan dengan memilih pemimpin Islam yang ada sekarang? Tidak perlukah ditukar kepada seorang Islam yang lain jika akmerasakan elok dibuat perubahan moga-moga Allah s.w.t. kabulkan impian ak? Salam: Undi Untuk Perubahan