Thankz kerna sudi follow blog sy...n insyallah sy akan follow blog u all..apa2pun yg baik dari Allah SWT n yg buruk dr sy sendiri...dan sy mmg suka melepak2 n membaca entry2 kamu semua... peace anarchy
Powered by Blogger.
RSS

Bangunlah Adik Ku

“Ya Allah,aku rindu pada ibu dan ayahku.Terlalu rindu ya Allah.Sehingga hari ini aku tak kuat untuk menghadapi kenyataan ini.Aku hamba yang lemah ya Allah.Bantulah aku,hiburkan lah aku ya Allah”









Hatinya cukup pilu ketika itu.Dia mahukan dakapan mesra dan hangat dari kedua ibu bapanya.Dia rindu dengan ungkapan sayang dari kedua ibubapanya.Dia rindu pada pujukan ibunya dikala dia sedih.Dia rindu kata-kata semangat dari ayahnya,ketika dia berputus asa dalam kehidupan. Dia rindu segala-galanya.

“Jangan menangis dik,tangisan tidak dapat memberi apa-apa kepada ayah dan ibu.Di alam barzakh sana,ayah dan ibu hanya perlukan doa darimu dik.Jangan kau lupa pesan nabi dik.:

Ada 3 perkara yang akan menjadi manfaat kepada si mati;

ilmu yang dimanfaatkan,

harta yang digunakan pada jalan Allah

dan

doa dari anak yang soleh

“Hidup ini tidak akan kekal,setiap manusia akan menghadapi kematian.Allah dah berjanji akan perkara ini sejak nabi telah diutuskan lagi.


Kata Allah:

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.[1]

Namun Allah itu maha penyayang.Allah itu sentiasa mahu membahagiakan hamba-Nya yang taat.Orang yang taat kepada-Nya,Allah akan berikan ganjaran Syurga dan tidak akan sesekali bau dan merasai kehangatan api neraka.Kata Allah:

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung[2]

KENAPA AK MENGELUARKAN KATA2 NI...

maafkan ak jika ak salah memberi tafsiran

Kepada seseorang tu .... bangunlah tak perlu kamu rasa tertekan...

ALLAH TU MAHA ADIL...

jangan kamu mengeluh utk apa,

jangan kamu kata Allah tu tak adil

jangan kamu kata kamu keseorangan..

18thn bapa kamu membela kamu....

kamu teringat atau tidak bagaimana ibu kamu meninggalkan kamu

dan bagaimana perit bapa kamu membela kamu....

18thn bagi melayu sudah cukup utk membekal kamu dgn segala yang patut...jangan mengeluh...dan igt ada yg lain lebih merana dari kamu...tiada harta tiada ibu tiada bapa kehilangan org tua secara mendadak...malah kehilangan KEDUA2 serentak...

kamu patut bersyukur kerana kamu Allah ambil tidak serentak....

Maaf jika kata2 ini pedas tapi ini adalah hakikat...

Ingatlah satu perkara....kenapa kamu TIDAK dijemput oleh DIA

igt tak apa peninggalan ibu bapa kamu...

PERKARA KETIGA

DOA ANAK YG SOLEH

oleh itu bangkitlah dari lena.....jangan mengeluh..think before u act.....

kami disini sekadar mengingatkan..sekadar membantu tetapi

sesungguhnya tiada org lain yg boleh membantu kamu kecuali diri sendiri


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: